Sempena Maulidurrasul ada sedikit hadis yg ingin dikongsikan,insyaAllah menjadi amalan :
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat,maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun,"
[Hadis riwayat Ad- Dailami]
Rasulullah S.A.W bersabda :
"Barangsiapa berselawat kepadaku sehari seribu kali,maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga."
[Hadis riwayat Abus Syeikh dari Anas R.A]
Rasulullah S.A.W bersabda :
"Setiap doa adalah terhalang,sehingga berselawat atas Nabi S.A.W."
[Hadis Riwayat Ad-Dailami]